Ahapay
Login

Tingkatkan pendapatan anda sebanyak 30%

Buat pelanggan belanja lebih dan tambahkan pendapatan anda dengan AhaPay

Berhubung dengan AhaPay
Berhubung

01

Guna portal mesra pengguna

Guna portal mesra pengguna

02

Pantau hasil pendapatan anda

Pantau hasil pendapatan anda

03

Urus pekerja dengan mudah

Urus pekerja dengan mudah

Lonjakan Jualan

Dengan wang yang dijimatkan dari pembelian pintar, pelanggan lebih cenderung untuk membeli lebih banyak produk

Peningkatan Jumlah Purata

Pelanggan mampu beli barang yang lebih mahal

Luas Jangkauan Anda

Peningkatan pelanggan: dapatkan visibiliti di kalangan audiens kedai-kedai lain

Pakej Promosi Lengkap

Kami sediakan semua bahan promosi yang diperlukan untuk memacu jualan anda

Jualan Tanpa Risiko

Kami tanggung risikonya: anda tetap dibayar walaupun pelanggan tidak membayar

Pengembangan Luar Talian

Kami berkembang dengan kempen offline: muncul di pusat beli-belah, pengangkutan, dan lain-lain.

Pengalaman Pelanggan Yang Mudah

01

Pelanggan imbas kod QR semasa checkout

02

Harga produk dibahagikan kepada 4 ansuran sama rata, dan pelanggan buat bayaran pertama

03

Pelanggan boleh semak jadual bayaran mereka dalam akaun peribadi


Berhubung dengan hanya satu klik

Berhubung
Bagi yang masih ada soalan

Bagi yang masih ada soalan

AhaPay ni satu kaedah 'beli sekarang, bayar kemudian' untuk peniaga-peniaga di Malaysia. Pelanggan boleh dapatkan barang secara ansuran di kedai fizikal atau online. Kami mudahkan proses jualan anda, jadi pelanggan boleh bayar dalam beberapa kali bayaran.
Manfaat utama untuk peniaga: a) Transaksi yang selamat dengan jaminan bayaran penuh dan aliran tunai segera. b) Meningkatkan kesetiaan & memastikan pelanggan anda kembali. c) Membantu anda menonjol dari pesaing dengan menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran. d) Mendorong pelanggan untuk membuat pembelian dengan menjadikan bayaran lebih berpatutan e) Keupayaan untuk meningkatkan kekerapan jualan dan menjual produk pada nilai yang lebih tinggi. f) Keupayaan untuk mengikat pelanggan untuk tempoh tertentu bagi peluang upsell dan cross sell. Kelebihan utama untuk pelanggan: a) Pilihan pembayaran lain, lebih baik daripada guna tunai atau cek. b) Boleh pilih bayar secara bulanan atau bayar jumlah penuh ikut suka anda. c) Pembelian jadi lebih mudah diurus dan bajet lebih terkawal. d) Nikmati 3 bulan TANPA FAEDAH dan tiada caj pendahuluan.
AhaPay ni alternatif kepada perkhidmatan kewangan tradisional sebab dia bagi pelanggan bayaran tanpa faedah selama 3 bulan. Dengan 0% faedah, pelanggan takkan bayar lebih daripada jumlah pembelian selagi bayaran dibuat tepat pada masa. AhaPay ciptakani situasi menang-menang untuk pelanggan, yang dapat fleksibiliti kewangan dan kemampuan membayar, dan peniaga, yang dapat jualan meningkat, nilai pesanan purata lebih tinggi, dan kesetiaan pelanggan yang lebih baik.
1. Syarat kelayakan asas: Perniagaan mesti sah, bukan perjudian, bukan alkohol, dan tidak dalam kategori risiko tinggi serta tertakluk kepada kelulusan risiko. 2.Dokumen yang diperlukan: - Laporan SMM; - Penyata Untung Rugi (PnL) untuk 3-6 bulan lepas atau; - Penyata transaksi untuk 3-6 bulan lepas.
Proses pendaftaran ni mudah je. Lawati laman web kami, klik pada "Untuk Perniagaan", daftar, dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Team kami akan semak aplikasi anda dan akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.
Kami cuma cas 6% untuk setiap transaksi yang diproses melalui AhaPay. Tiada caj tersembunyi atau kos tambahan. Contoh transaksi: Jumlah transaksi: RM 2,000 Caj AhaPay: 6% Kiraan: RM 2,000 – (6%) = RM 1,880 Jumlah transaksi yang akan anda terima dalam akaun Bank: RM 1,880 Apa yang termasuk dalam caj: -Kos pengambilan internet; -Promosi melalui pangkalan pelanggan AhaPay dalam aplikasi AhaPay; -Promosi pemasaran; -Risiko ketidakpulangan.
Kami pertimbangkan beberapa perkara; seperti jenis bisnes anda, apa produk atau servis yang ditawarkan, jumlah transaksi setiap bulan, dan harga purata pembelian. Berdasarkan semua ni, kami akan tetapkan had transaksi yang paling sesuai untuk anda.
Tak perlu peralatan khas. Platform kami boleh diakses dari mana-mana peranti yang ada sambungan internet, macam telefon pintar.
Kami sediakan pilihan bayaran fleksibel dengan had dari RM 50 sampai RM 3,500. Had ini mungkin berbeza ikut peniaga.
Kami beri sokongan pelanggan sepanjang masa melalui emel dan chat secara langsung. Anda juga boleh akses banyak maklumat dan panduan di Pusat Bantuan kami. Emel: [email protected] Pusat Bantuan: https://merchant-help.ahapay.my/hc/en-my
Mengikut jadual yang dipersetujui, anda akan terima duit untuk barang yang dijual melalui AhaPay terus ke akaun bank anda.
Kalau pelanggan pilih nak bayar melalui AhaPay, masukkan jumlah bayaran dalam aplikasi Agen dan tunjukkan kod QR yang dihasilkan kepada pelanggan. Pelanggan akan buat transaksi di peranti mereka dengan imbas kod QR dan anda akan terima pengesahan segera.
Dengan papan pemuka peniaga kami, anda boleh pantau semua transaksi jualan dengan lengkap. Tapi, rekod pembayaran setiap pelanggan tak dipaparkan sebab kami yang uruskan pembiayaan dan pembayaran terus dengan pelanggan. Di papan pemuka, anda cuma akan nampak angka jualan dan pembayaran dari AhaPay kepada anda sebagai peniaga.
Jika pelanggan buat permintaan refund, ia perlu diluluskan oleh peniaga dulu, kemudian AhaPay akan pulangkan duit kepada pelanggan. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok polisi refund kami.
Kami uruskan semua risiko jika pelanggan gagal bayar. Anda akan tetap terima jumlah penuh untuk pesanan anda
Ada beberapa sebab kenapa pelanggan anda mungkin tak dapat lengkapkan pembelian PayLater mereka: 1. Mereka telah melebihi had perbelanjaan AhaPay mereka 2. Mereka tidak layak untuk AhaPay 3. Mereka telah terlepas bayaran AhaPay dan pelan mereka dibekukan
Ahapay
Download app
Download app

Hubungi kami:
E-mel:[email protected]
Isnin - Jumaat9 Pagi - 6 Petang

Ikuti kami:

Terma & Syarat


Download app
Download app

AHARETAIL SOLUTIONS SDN. BHD. 
No Pendaftaran Syarikat 202401018053

Alamat Perniagaan: A-20-12, Menara A, The Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar Selatan, 59200 WP Kuala Lumpur.

© 2025 Ahapay. Hak Cipta Terpelihara.