Aplikasi AhaPay

Use AhaPay anywhere via DuitNow QR

Muat turun

Tingkatkan hasil anda sebanyak 30%

Galakkan pembelian pelanggan dan tingkatkan pendapatan bersama rakan niaga BNPL tempatan Malaysia yang memahami pasaran anda.

Kelebihan Membeli-belah dengan Lebih Bijak

Mengapa Berniaga Bersama AhaPay

Lebih daripada sekadar kaedah pembayaran — pemacu pertumbuhan perniagaan anda, dari hari pertama.

Sesuai untuk Perniagaan Anda

Di mana sahaja anda berniaga, 
AhaPay pilihan sesuai.

  • Runcit
  • F&B
  • Kecantikan & kesejahteraan
  • Optik
  • Elektronik
  • Perabot dan banyak lagi

Sudah ada di bandar anda

Peniaga tempatan di seluruh Malaysia sudah pun berkembang bersama AhaPay.

Berkembang bersama perniagaan tempatan

Angka di sebalik rakan niaga BNPL tempatan Malaysia.

  • 3,000+ peniaga rakan niaga
  • RM50 juta+ jumlah nilai transaksi
  • 250,000+ pelanggan aktif

Perniagaan kecil. Pertumbuhan sebenar.

Lihat bagaimana peniaga tempatan bekerjasama dengan AhaPay dan terus berkembang.

Pengalaman pelanggan yang lancar

  • Pelanggan mengimbas kod QR di kaunter pembayaran.

  • Kos produk yang dipilih dibahagikan sehingga 12 bayaran ansuran, dan pelanggan membayar ansuran pertama.

  • Pelanggan boleh memantau jadual pembayaran mereka dalam akaun peribadi.

Sesuai untuk pembayaran dalam talian dan fizikal

Persediaan mengambil masa kira-kira sehari. Kami akan membimbing anda sepanjang proses dan menyokong anda 24/7.

Soalan Lazim

Untuk anda yang masih mempunyai soalan
Ajukan sebarang soalan: [email protected]

  • Ya, pasukan pendaftaran, sokongan peniaga dan pengurusan akaun kami berada di Malaysia, jadi anda tidak akan disambungkan ke pusat panggilan luar negara.
  • AhaPay ni satu kaedah 'beli sekarang, bayar kemudian' untuk peniaga-peniaga di Malaysia. Pelanggan boleh dapatkan barang secara ansuran di kedai fizikal atau online. Kami mudahkan proses jualan anda, jadi pelanggan boleh bayar dalam beberapa kali bayaran.
  • Manfaat utama untuk peniaga: a) Transaksi yang selamat dengan jaminan bayaran penuh dan aliran tunai segera. b) Meningkatkan kesetiaan & memastikan pelanggan anda kembali. c) Membantu anda menonjol dari pesaing dengan menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran. d) Mendorong pelanggan untuk membuat pembelian dengan menjadikan bayaran lebih berpatutan e) Keupayaan untuk meningkatkan kekerapan jualan dan menjual produk pada nilai yang lebih tinggi. f) Keupayaan untuk mengikat pelanggan untuk tempoh tertentu bagi peluang upsell dan cross sell. Kelebihan utama untuk pelanggan: a) Pilihan pembayaran lain, lebih baik daripada guna tunai atau cek. b) Boleh pilih bayar secara bulanan atau bayar jumlah penuh ikut suka anda. c) Pembelian jadi lebih mudah diurus dan bajet lebih terkawal. d) Nikmati 3 bulan TANPA FAEDAH dan tiada caj pendahuluan.
  • AhaPay ni alternatif kepada perkhidmatan kewangan tradisional sebab dia bagi pelanggan bayaran tanpa faedah selama 3 bulan. Dengan 0% faedah, pelanggan takkan bayar lebih daripada jumlah pembelian selagi bayaran dibuat tepat pada masa. AhaPay ciptakani situasi menang-menang untuk pelanggan, yang dapat fleksibiliti kewangan dan kemampuan membayar, dan peniaga, yang dapat jualan meningkat, nilai pesanan purata lebih tinggi, dan kesetiaan pelanggan yang lebih baik.
  • 1. Syarat kelayakan asas: Perniagaan mesti sah, bukan perjudian, bukan alkohol, dan tidak dalam kategori risiko tinggi serta tertakluk kepada kelulusan risiko. 2.Dokumen yang diperlukan: - Laporan SMM; - Penyata Untung Rugi (PnL) untuk 3-6 bulan lepas atau; - Penyata transaksi untuk 3-6 bulan lepas.
  • Proses pendaftaran ni mudah je. Lawati laman web kami, klik pada "Untuk Perniagaan", daftar, dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Team kami akan semak aplikasi anda dan akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.
  • Kami hanya mengenakan yuran pemprosesan transaksi berdasarkan Kadar Diskaun Pedagang (MDR). Berkuat kuasa 1 Jun 2026, SST 8% akan dikenakan ke atas jumlah MDR seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Contoh transaksi: Amaun transaksi: RM 2,000. Yuran AhaPay (MDR): 6%. SST: 8% ke atas jumlah MDR. Pengiraan: RM 2,000 – (6% MDR + 8% SST ke atas MDR) = RM 1,870.40. Amaun transaksi yang akan anda terima dalam akaun bank anda: RM 1,870.40. Apa yang termasuk dalam yuran: Kos pengambilan Internet; Promosi melalui pangkalan pelanggan AhaPay dalam aplikasi AhaPay; Promosi pemasaran bersama; Risiko ketidakpulangan.
  • Kami pertimbangkan beberapa perkara; seperti jenis bisnes anda, apa produk atau servis yang ditawarkan, jumlah transaksi setiap bulan, dan harga purata pembelian. Berdasarkan semua ni, kami akan tetapkan had transaksi yang paling sesuai untuk anda.
  • Tak perlu peralatan khas. Platform kami boleh diakses dari mana-mana peranti yang ada sambungan internet, macam telefon pintar.
  • Kami sediakan pilihan bayaran fleksibel dengan had dari RM 50 sampai RM 3,500. Had ini mungkin berbeza ikut peniaga.
  • Kami beri sokongan pelanggan sepanjang masa melalui emel dan chat secara langsung. Anda juga boleh akses banyak maklumat dan panduan di Pusat Bantuan kami. Emel: [email protected] Pusat Bantuan: https://merchant-help.ahapay.my/hc/en-my
  • Mengikut jadual yang dipersetujui, anda akan terima duit untuk barang yang dijual melalui AhaPay terus ke akaun bank anda.
  • Kalau pelanggan pilih nak bayar melalui AhaPay, masukkan jumlah bayaran dalam aplikasi Agen dan tunjukkan kod QR yang dihasilkan kepada pelanggan. Pelanggan akan buat transaksi di peranti mereka dengan imbas kod QR dan anda akan terima pengesahan segera.
  • Dengan papan pemuka peniaga kami, anda boleh pantau semua transaksi jualan dengan lengkap. Tapi, rekod pembayaran setiap pelanggan tak dipaparkan sebab kami yang uruskan pembiayaan dan pembayaran terus dengan pelanggan. Di papan pemuka, anda cuma akan nampak angka jualan dan pembayaran dari AhaPay kepada anda sebagai peniaga.
  • Jika pelanggan buat permintaan refund, ia perlu diluluskan oleh peniaga dulu, kemudian AhaPay akan pulangkan duit kepada pelanggan. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok polisi refund kami.
  • Kami uruskan semua risiko jika pelanggan gagal bayar. Anda akan tetap terima jumlah penuh untuk pesanan anda
  • Ada beberapa sebab kenapa pelanggan anda mungkin tak dapat lengkapkan pembelian PayLater mereka: 1. Mereka telah melebihi had perbelanjaan AhaPay mereka 2. Mereka tidak layak untuk AhaPay 3. Mereka telah terlepas bayaran AhaPay dan pelan mereka dibekukan